"Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu". (Surah al-Bawarah:168).
Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sejumlah perusahaan yang meliputi pertanian, pengeluaran, pembinaan, pengagihan, pengangkutan, komunikasi, perkhidmatan, dan pemerintahan yang bergerak dalam hal memasarkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna.
Pada dasarnya, suku kata perniagaan merupakan istilah yang sering kali ditekankan pada tiga perkara yang mencukupi usaha perseorangan secara kecil-kecilan, usaha besar seperti kilang, pengangkutan, surat khabar, hotel dan lain-lain, serta usaha dalam bidang struktur ekonomi suatu bangsa dan negara. Dalam hal ini, kategori ketiga sebenarnya mempunyai definisi yang sangat luas. Jika difahami secara mudah, perniagaan boleh dimaksudkan sebagai suatu lembaga yang menghasilkan barang mahupun perkhidmatan untuk digunakan oleh masyarakat.
Perniagaan Rasulullah s.a.w. adalah berlandaskan agama yang perlu anda jadikan panduan. Rasulullah s.a.w bukan sahaja seorang nabi pilihan, serta pemimpin agama dan negara yang luar biasa, tetapi juga merupakan perniaga yang ulung. Pengalaman dan kemampuan perniagaannya sungguh luar biasa. Baginda mampu mengaut keuntungan tanpa harus melakukan tipu daya dan usaha-usaha yang merosakkan status halal rezeki yang diperolehinya.
Konsep strategi pemasaran cara Rasulullah s.a.w. adalah dengan menempatkan pelanggan sebagai raja. Rasulullah s.a.w juga sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai kejujuran. Misalnya dalam hal promosi, Rasulullah s.a.w sengaja menekankan beberapa hal yang meliputi :
- Penampilan Menawan
- Membina Hubungan
- Mengutamakan Keberkahan
- Membina Komunikasi
- Senantiasa berintegrasi
- Memahami keadaan pelanggan
- Mencipta kepercayaan terhadap pelanggan
- Menjalinkan hubungan baik
- Mencipta suasana satu komuniti
- Memberikan layanan yang maksimum terhadap pelanggan
- Menghormati setiap bentuk permasalahan yang berkenaan dengan produk, pasar, mahupun pelanggan
- Menciptakan rasa keterlibatan serta menawarkan pelbagai pilihan terhadap pelanggan
Produk yang Berlandaskan Hukum Syarak
- Memberikan Keuntungan yang adil kepada ahlinya
- Ahli wajib menjual dengan harga yang sama (Tidak Boleh Kurang atau Lebih)
- Membantu dalam penyelesaian kefahaman agama dalam urusan perniagaan oleh ustaz yang bertauliah
- Tidak menipu dalam perniagaan
Sertai Kami Segera Dengan Menjadi Rakan Niaga Bersama di PENDAFTARAN AHLI.
No comments:
Post a Comment