Apa Itu Mati Pucuk?
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk
merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau
mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Ia juga dikenali dengan
nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens'"' dalam istilah
perubatan.
Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah
jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis,
kebanyakannya mampu dirawat.
Punca Mati Pucuk
Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh
psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui
mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan
terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk
psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan
dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam
masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit
kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah
tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika
pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum
memula mengambilnya.
Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat
yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil
Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan
menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.
Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol
tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan
merbahaya seperti kegagalan ginjal.
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya
kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi
teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri;
seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.
Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah
ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah
lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka. information
info
non-infoinfo
Lotion Intense Energie & Himax5 kombinasi yang mantap dalam merawat pelbagai penyakit. Insya-Allah Berkesan :
No comments:
Post a Comment