Sesungguhnya air zamzam adalah sebagai nikmat yang agung.
Zam zam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah (SWT) yang besar kepada
Baitullah dan Tanah Haram, serta termasuk di antara ayat-ayat Allah yang nyata.
Air zamzam merupakan anugerah terbesar yang dapat disaksikan dengan jelas dan
pasti. Air zamzam adalah “samarat” (makanan, buah-buahan & nikmat) pertama
yang diberikan oleh Allah (SWT) kepada Nabi-Nya, Ibrahim (a.s) – semoga selawat
dan salam sentiasa dirahmati ke atas Baginda.
Air zam zam adalah nikmat pertama yang diberikan kepada Nabi Ibrahim
(a.s.) ketika Baginda berdoa:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan
sebahagian keturunanku di sebuah lembah yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan,
berdekatan rumah Mu yang mulia. Wahai Tuhan kami (yang demikian itu), agar
mereka dapat mendirikan solat, maka jadikanlah hati-hati manusia cenderung
kepada mereka, berikanlah rezeki kepada mereka sebahagian daripada samarat
(makanan, buah-buahan & nikmat), mudah-mudahan mereka bersyukur.
(Surah Ibrahim:37)
Oleh yang demikian, air zam zam adalah minuman dan hidangan
daripada A llah (SWT) kepada anak kekasih-Nya (Khalilullah, ertinya kekasih
Allah, iaitu gelaran yang dikumiakan kepada Baginda Nabi Ibrahim [a.s.), iaitu
Ismail – semoga selawat dan salam sentiasa dirahmati Allah (SWT) ke atas
Baginda berdua. Air zamzam adalah air yang penuh keberkatan dan kemuliaan, yang
wujud di tanah paling suci dan penuh keberkatan menerusi Malaikat Jibril.
Air zam zam adalah air yang mempunyai khasiat, keistimewaan
dan keutamaan yang besar, kerana ianya adalah air terbaik yang menjadi
“pemimpin” segala air yang selainnya.
Air zamzam adalah air yang paling mulia, hal ini berdasarkan sabda
Baginda Rasulullah (s.a.w):
“Air terbaik di muka
bumi adalah air zam zam”
Air zamzam adalah air yang digunakan untuk membasuh hati
Baginda yang paling mulia, Nabi Muhammad (s.a.w.). Hati Baginda, Nabi Allah
yang paling mulia hanya dibasuh dengan air yang paling mulia pula. Allah (SWT)
memberikan keistimewaan kepada air yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini,
Baginda Rasulullah (s.a.w.) ada bersabda:
“Sesungguhnya air zamzam itu penuh keberkatan, air itu
mengenyangkan dan dapat menyembuhkan penyakit”.
Jika kita meminumnya dengan niat ingin menghilangkan rasa
lapar, maka Allah (SWT) akan memberikan rasa kenyang kepada kita. Jika kita
meminumnya dengan niat ingin sembuh daripada penyakit, maka Allah (SWT) akan
memberikan penyembuhan terhadap penyakit tersebut. Bahkan, jika kita meminum air zamzam untuk
pelbagai keperluan, maka Allah (SWT) akan memperkenankan keperluan tersebut.
Hal ini bersesuaian dengan apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah
(s..a.w.) dalam salah satu hadis:
“Air zamzam itu terpulang kepada niat untuk apa ia diminum”.
Air zam zam adalah air yang diberkati oleh Baginda
Rasulullah (s.a.w.) menerusi percampuran ludah Baginda (air liur) yang suci,
hinggakan keberkatannya berlipat-ganda. Baginda Rasulullah (s.a.w) telah pun
berwuduk dengan air zamzam. Baginda juga kerap mengambilnya sebagai
miinuman. Kekerapan mengambil manfaat
daripada air zamzam adalah merupakan unsur-unsur keimanan dan petanda
terbebasnya saseoranng itu dari sifat-sifat munafik. Hal ini bersesuaian dengan hadis Baginda:
“Sesungguhnya yang membezakan identiti kita dengan
orang-orang munafik adalah, bahawa orang-orang munafik tidak mengambil manfaat
daripada air zam zam”.
Memandangkan bahawa air zam zam mempunyai keistimewaan besar
dan mengandungi kebaikan, maka air zam zam merupakan hidangan dan pemberian
yang paling utama. Sebab itulah, Baginda
Rasulullah (s.a.w.) sentiasa memberikan air zamzam apabila Baginda ingin
menjamu hidangan kepada seseorang.
Baginda Rasulullah (s .a.w.) juga menjadikan air zamzam sebagai bekalan
ketika dalam perjalanan, membawanya ke pelbagai ceruk rantau. Aisyah (r.a.) juga membawa air zam zam dan
berkata bahawa Baginda Rasulullah (s.a.w) sentiasa membawanya. Jumlah air zam zam yang sangat banyak itu,
tidak akan habis kekeringan meskipun saban hari kerap digunakan. Ianya tidak
akan habis selagi dunia ini belum berakhir.
Air zam zam merupakan salah satu daripada mata air syurga. Itulah sebabnya ianya mempunyai kelebihan,
kebaikan dan keberkatan.
No comments:
Post a Comment