Kanser atau barah adalah penyakit yang
paling ditakuti rakyat Malaysia. Menurut statistik 131 dari 100 000 orang di
Malaysia pasti akan mendapat kanser. Masalah ini sering didengari oleh rakyat
Malaysia dan sudah pasti tidak ada sesiapa yang menginginkannya. Info
Apa itu kanser?
Kanser atau barah adalah penyakit yang
berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.
Sel ini akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan
pemulihan kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal
menyebabkan berlakunya ketumbuhan atau dikenali sebagai tumor.
Tumor dikategorikan sebagai bukan kanser
(benign) ataupun kanser (malignant). Tumor bukan kanser tidak merebak ke
bahagian tubuh badan atau organ yang lain. kanser pula terdiri daripada sel-sel
kanser yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang
lain. Sel kanser boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi
sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ dapat menyebabkan
kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh
badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan
kanser merebak dikenali sebagai kanser sekunder atau metastasis. Perkataan
kanser juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal
tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang
berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
No comments:
Post a Comment