Pemulihan Strok
Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok
mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.
Membantu penjaga menghadapi cabaran. Ramai orang merasa agak
kurang pasti bagaimana mereka akan menghadapi cabaran menjaga mangsa strok di
rumah. Jika anda adalah penjaga yang utama, perkara-perkara yang paling penting
adalah untuk:
Mendapatkan maklumat
mengenai perkhidmatan dan sokongan yang boleh diperolehi bagi pemulihan
Jangan buat semua
tugas sendirian. Dapatkan bantuan amali dengan rutin harian
Bertolak ansur
Berikan diri anda
masa rehat yang teratur
Mengapa Pemulihan?
Matlamat-matlamat pemulihan adalah untuk memperbaiki fungsi
dan mendapat sebanyak mungkin kemandirian yang boleh. Seperti juga setiap strok
memberi kesan yang berbeza kepada seseorang, jenis-jenis pemulihan yang
diperlukan juga berbeza dari seorang ke seorang.
Apa itu Pemulihan?
Pemulihan merangkumi berbagai perkhidmatan termasuk terapi
pertuturan, fizikal, cara kerja dan rekreasi dan aktiviti berkumpulan.
Pakar-pakar yang menyediakan perkhidmatan ini membantu mangsa strok bercakap/
bertutur semula, berjalan semula dan mendapatkan kembali kemahiran lain yang
dipunyainya sebelum mengalami strok. Mereka juga membantu mangsa strok
mempelajari cara baru berbuat sesuatu untuk mengimbangi kemahiran yang telah
hilang.
Maklumat Mengenai Pemulihan.
Pemulihan awal adalah teramat penting. Setiap mangsa strok
mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Lebih cepat terapi
pemulihan dimulakan; lebih cepat otak dapat mempelajari semula pergerakan
normal. Lebih lama terapi pemulihan ditangguhkan, lebih sukar bagi mangsa strok
untuk pulih.
Belajar dari
doktor, jururawat dan ahli terapi bagaimana untuk membantu mangsa strok
menjalankan senaman harian dan bentuk penjagaan yang lain. Periksa sama ada
anda boleh kembali ke hospital untuk rawatan terapi pesakit luar.
Berkongsilah
dengan pekerja kemasyarakatan seperti Befrienders, ketua-ketua agama atau
sahabat-sahabat karib untuk membantu anda menghadapi keperluan emosi dan
fizikal yang diperlukan akibat trauma selepas strok.
Hubungi Ibu
Pejabat NASAM. Mereka akan memberitahu di mana pusat NASAM yang terdekat dengan
anda. Jika tiada pusat berdekatan tempat tinggal anda, HQ NASAM akan membantu
dengan memberikan maklumat berkenaan bantuan.
Intense Energie & Himax5
Lotion Intense Energie yang disapukan dipermukaan kulit dapat melancarkan pengedaran darah dengan normal untuk membekalkan nutrien, oksigen dan menyalur keluar bahan buangan seperti karbon dioside. Anggota badan yang terkena strok tidak akan mengalir darah yang normal. Ini menyebabkan pesakit tidak dapat menggerakkan anggota badan tersebut. Dengan amalan meminum Himax5 jus minuman alkali berasaskan air zam-zam terapi 30 Juzuk Al-Quran membantu memperbaiki sistem badan kepada normal.
Promosi Baru Intense Energie & Himax5
Lebih Berkesan, Lebih Murah, Lebih Menguntungkan. Insya-Allah Terbukti Berkesan. Sudah Ramai Yang Mencubanya Dan Sembuh Sihat Seperti Biasa.
No comments:
Post a Comment