Encik Peter Wong
Ketua Pegawai Operasi
Setelah lebih 30 tahun terlibat di dalam pengurusan korporat
dan juga pentadbiran syarikat, saya mempelajari beberapa perkara penting.
Pertama, tanpa sikap yang betul, pekerja yang paling berbakat pun akan gagal.
Sikap dan etika kerja tidak dapat diajar atau dibeli, tetapi ianya akan
terhasil dengan latihan dan kesungguhan.
Kedua,
sentiasa percaya apa yang kita lakukan atau perjuangkan dan mempercayai mereka yang bersama-sama kita. Kepercayaan ini akan memotivasikan kita untuk mencipta keputusan atau hasil yang menakjubkan yang kita sendiri mungkin tidak jangkakan. Pada masa yang sama, cipta persekitaran yang memberi manfaat kepada semua orang di mana kesemuanya boleh menikmati tahap kejayaan yang kukuh.

Akhirnya, tiada unsur lain yang lebih penting di dalam
menjayakan sesebuah syarikat selain daripada kerjasama berpasukan. Sebagai
Ketua Pegawai Operasi, Profit Paradigm Sdn Bhd, adalah menjadi tanggungjawab
saya untuk memotivasi pasukan saya demi mencapai sasaran baik kumpulan mahu pun
peribadi pada tahap yang melangkaui jangkaan mereka.
Saya mengambil peranan sebagai mentor dan guru, berbekalkan
pengalaman dan pengetahuan membangunkan tenaga kerja syarikat dan menggalakkan
transformasi diri dan peningkatan nilai-nilai murni. Saya percaya, pasti akan
ada perkara baru yang kita pelajari setiap hari. Kejayaan yang paling hakiki
ialah apabila kita tahu bahawa kita telah menyumbangkan sesuatu yang lebih
besar dari tahap kita.
No comments:
Post a Comment