Encik Gary Gan
Ketua Pegawai Eksekutif
Setelah lebih 32 tahun menceburi industri Network Marketing,
saya telah diberi banyak gelaran. Antaranya saya dipanggil pemimpin, guru,
‘pencapai-cemerlang’ dan sebagainya. Namun, ada satu gelaran yang lekat di hati
saya iaitu ‘kuat bekerja’. Saya menyertai industri Network Marketing ketika berusia 18 tahun
dan
bermula dari bawah. Dengan ketabahan, kesungguhan dan sokongan mereka di sekeliling, saya menjadi jutawan di awal usia 20-an. Sebagai seorang ‘networker’, saya pernah membina jaringan lebih 50 ribu ahli… satu pencapaian yang amat saya banggakan sehingga kini.
bermula dari bawah. Dengan ketabahan, kesungguhan dan sokongan mereka di sekeliling, saya menjadi jutawan di awal usia 20-an. Sebagai seorang ‘networker’, saya pernah membina jaringan lebih 50 ribu ahli… satu pencapaian yang amat saya banggakan sehingga kini.
Saya meletakkan nilai yang amat tinggi terhadap sikap kuat
bekerja. Saya percaya, lebih kuat kita bekerja, lebih besar ganjaran yang akan
kita perolehi. Untuk mendapatkan itu, adalah satu keperluan untuk melengkapkan
diri dengan kemahiran, sikap dan kepakaran yang betul. Di atas sebab itulah
juga, selain dari menguruskan Profit Paradim Sdn Bhd, saya juga terlibat secara
peribadi sebagai ‘trainer’ pembangunan kendiri, terutamanya di dalam program
‘Pembangunan Minda’ di dalam membantu mencungkil potensi individu. Lebih dari
500,000 peserta pernah menghadiri kursus-kursus saya di Malaysia mahu pun di
luar negara.
Saya amat berharap, dengan sikap ‘kuat bekerja’ yang
berterusan, kepimpinan yang fokus dan kesatuan yang jitu diantara ahli dan
Syarikat, maka saya yakin akan mampu menjadi sumber inspirasi kepada sesiapa
sahaja untuk mencapai keputusan/hasil yang luarbiasa.
No comments:
Post a Comment