Zhulian

Nuffnang

Translate

Wednesday 16 October 2013

Presiden, Pemasaran & Jualan

Tuan Haji Noor Azmi bin Haji Abdul Karim
Presiden, Pemasaran & Jualan

Setelah lebih 20 tahun berkecimpung di arena Network Marketing, berbagai pengalaman dan kejayaan diraih hingga berjaya merubah taraf kehidupan serta meningkatkan pembangunan diri saya. Melanjutkan pelajaran di University Technology Mara (UITM) dalam jurusan Australian Insurance Institute (AII) dan
pengalaman berkhidmat di Bank Negara Malaysia lebih daripada 8 tahun telah menjadikan saya lebih terbuka dan berpengetahuan dalam industri ini. Ramai orang bertanya, apakah rahsia sebenarnya sehingga saya mampu menikmati kejayaan demi kejayaan?. Jawapannya  ialah SABAR , KETAHANAN dan ISTIQOMAH.
Diatas kesungguhan untuk merubah kehidupan keluarga, saya menceburi industri jualan langsung dengan beberapa syarikat MLM untuk menimba seberapa banyak ilmu di samping mengkaji dan mempelajari kekuatan serta kelemahan di dalam sistem-sistem perniagaan MLM (Multi Level Marketing). InsyaAllah dengan pengalaman beserta dengan proses yang di lalui, saya percaya ianya dapat membantu dan membangunkan syarikat ini khususnya dan Industri ini amnya.
Saya pernah menjadi perintis di sebuah syarikat MLM yang berkonsepkan e-dagang sebelum ini, akan tetapi menjadi individu terawal dalam sebuah syarikat MLM, bukanlah satu tanggungjawab yang mudah terutama sekali diperingkat awal penubuhan syarikat. Ia memerlukan pengorbanan dan fokus serta komitmen yang sangat tinggi. Alhamdulillah, berkat kesabaraan dan kesungguhan serta momentum yg konsisten, 100 jutawan telah berjaya dilahirkan di bawah jaringan saya dalam masa yang singkat. Alhamdulillah saya juga berjaya merangkul pelbagai anugerah dan pengiktirafan sepanjang tahun 2004 sehingga 2010. Berlandaskan prinsip ‘ Go to the next level’ yang dipegang, saya berjaya meluaskan empayar ke Negara Kemboja sebagai ‘Master Dealer’ pada tahun 2009.
Terkini, saya adalah merupakan Pengarah dan Pemegang Saham syarikat Profit Paradigm Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment