Tekanan Darah
Rendah
Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan
darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung
mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung
berehat) kurang daripada 60 mmHg
Faktor
Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat
semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi
rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya
menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak
10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya
kembali normal selepas melahirkan anak.
2. Dehidrasi
Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih
banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh
menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah,
cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan
pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh
menyebabkan dehidrasi.
3. Kurang Zat Dalam Diet
Kurang zat dalam diet
Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia–
keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah
secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.
Gejala
Tekanan Darah Rendah
- Cepat lelah
- Pening kepala ketika posisi badan berubah
- Mata berkunang-kunang
- Mual
- Kulit berasa dingin, pucat dan lembap
- Pernafasan cepat dan pendek
- Cepat haus
Cara-cara
Mengatasi Tekanan Darah Rendah
1.
Makan lebih garam dalam diet, tetapi jangan terlalu berlebihan kerana
natrium yang terlalu berlebihan boleh
menyebabkan kegagalan jantung.
2.
Minum lebih banyak air –
terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika
anda sakit seperti selsema. Ini boleh
meningkatkan isipadu darah anda dan
menaikkan tekanan darah anda. Air yang
mengandungi kandungan natrium
dan kalium yang tinggi adalah digalakkan
(cth: Oral Rehydration Salt,
ORS).
3.
Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur,
tarik
nafas panjang selama beberapa minit,
kemudian bangkit duduk perlahanlahan.
Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur
dengan kedudukan kepala
sedikit tinggi dari badan juga dapat
membantu mengatasi kesan graviti.
4.
Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang
tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi,
pasta dan roti. Ini boleh
mengelakkan tekanan darah turun mendadak
selepas makan.
No comments:
Post a Comment