TEKANAN DARAH TINGGI
Bagaimana Terjadinya tekanan darah tinggi?
Jantung kita berfungsi sebagai alat mengepam darah ke seluruh badan.
Daripada aktiviti jantung ini tadi, ia akan menghasilkan tekanan dalam badan
kita yang kita panggil Tekanan Darah.
Tekanan darah setiap orang tidak sama. Ada yang bacaannya tinggi,
kita namakannya tekanan darah tinggi. Ada orang yang bacaannya lebih rendah,
kita namakannya tekanan darah rendah. Ada pula yang bacaannya normal, itu kita
panggil sihat.
Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120/80. Bacaan di atas
adalah waktu jantung kita mengepam darah. Bacaan ini kita panggil SISTOLIK.
Bacaan di bawah pula adalah sewaktu jantung kita berehat diantara degupan.
Bacaan ini pula kita panggil DIASTOLIK.
Bacaan untuk pra darah tinggi, ataupun perkataan yang selalu kita
dengar ‘border’, adalah 139/89. Bila kita dapat bacaan seperti ini, doktor akan
bagi nasihat supaya kita jaga makan dan banyakkan berehat. Kalau tak dengar
juga cakap doktor, tekanan darah kita akan naik sehingga 140- 159/90-99. Ini
dah confirm darah tinggi. Kalau bacaannya naik sehingga 160/100 dan ke atas,
ini dah peringkat bahaya.
SIMPTON / TANDA-TANDA AWAL
Selalunya, tekanan darah tinggi ini bersifat ‘silent’, di mana pengidap mungkin tidak merasa apa-apa
tanda. Inilah sebabnya mengapa ramai orang yang mempunyai darah tinggi tidak
sedar bahawa mereka adalah penghidap tekanan darah tinggi.
Secara umumnya, penyakit tekanan darah tinggi tidak menunjukkan
tanda-tanda yang ketara. Berkemungkinan mereka telah mengidap tekanan darah
tinggi bertahun lamanya tanpa disedari. Ini tidak bermakna yang ianya tidak
memudaratkan badan anda, sebaliknya tekanan darah tinggi boleh merosakkan
jantung, buah pinggang, saluran darah dan bahagian badan yang lain tanpa pengetahuan
kita.
Antara tanda-tanda awal yang dialami:
· Sakit kepala
· Sakit tengkuk
· Mudah pitam
· Mata kabur
Disebabkan inilah sangat penting untuk kita sentiasa memeriksa
tekanan darah kita dengan kerap bagi memastikan sama ada tekanan darah kita
tinggi atau tidak. Kajian mendapati bahawa 90% penghidap tekanan darah tinggi
tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan tanda awal.
Kebiasaannya, pesakit akan mendapat tahu bahawa mereka mengidap
tekanan darah tinggi selepas mereka mengalami serangan jantung atau strok
ringan atau pun setelah mereka disahkan mengidap penyakit jantung koronari.
Oleh itu, pemeriksaan secara berkala adalah sangat penting.
No comments:
Post a Comment